Artis: Fimie Don /Didi Astillah / Haqiem Rusli / Azzam Syam
E-mail: fazuanminin@programmer.net / Official TheBeesings /


Monday 31 December 2012

THE BEESINGS KINI BERKARYA HANYA 4 SEKAWAN SAHAJA


Berikut merupakan ahli kumpulan theebeesings sebelum salah seoarang  ahli yang keluar daripada group anggotanya,siapakah salah seorang mereka keluar daripada group theebeesings?,

Sebenarnya,ahli yang keluar daripada group mereka adalah aida,Apabila diminta ulasan mengenai aidah keluar daripada anggota theebeesings ini,pengurusan atasan theebeesings hanya menjawab,aidah mempunyai komitmen luaran yang perlu diselesaikan,"harap kepada semua bahawa sebarang soalan tentang aidah tidak akan dilayan"kata pengurus kumpulan theebeesings ini ,Oleh itu,Theebeesings hari ini ,mempunyai seramai 4 anggotanya,semoga Aidah berjaya diluar sana.


HALA TUJU THE BEESINGS AKAN DATANG

    

 SEBAB kami semua artis!" Itu jawapan yang dilayangkan oleh lima remaja ini ketika diaju pertanyaan mengenai apa keistimewaan mereka untuk berdiri sebagai sebuah kumpulan vokal remaja tanah air. Ingin dikenali sebagai The Beesings, kumpulan ini tidak mampu lari daripada persepsi sesetengah pihak yang menganggap mereka cuma sekumpulan kanak-kanak yang mahu mencuba nasib menerokai dunia glamor semata. Meski berpuluh kali menafikan bahawa mereka bukan lagi kanak-kanak,

      The Beesings yang dianggotai oleh Fimie Don, 14, Didi Astillah, 16, Haqiem Rusli, 14, Azzam Sham, 15, dan Aida Ross, 14, tetap menerima tempias begitu. Menganggap mereka adalah sebuah kumpulan remaja versatil meski masih baru, The Beesings mengaku glamor bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan mereka sekurang-kurangnya pada waktu ini. Sebagai wakil kumpulan, Fimie yang juga merupakan seorang pelakon dan mula popular dengan drama Hikayat Putera Shazlan menjelaskan, glamor bukan faktor utama kumpulan itu diwujudkan. “Kalau nak cakap soal glamor, rasanya tak perlu. Lagipun tujuan asal kami muncul bukanlah nak cari populariti. “Istimewanya kumpulan ini kerana kami semua ada latar belakang anak seni. Didi, Azzam, Haqiem adalah penyanyi dan pernah menyertai program realiti nyanyian, saya sendiri seorang pelakon dan penyanyi yang pernah hasilkan single. “Aida pula walaupun dia tak pernah muncul sebagai penyanyi, tetapi dia juga memiliki latar belakang yang sealiran, “ katanya.

    Berkongsi lanjut mengenai penubuhan The Beesings, kata Fimie, kumpulan ini dibentuk pada Oktober 2012 secara tidak sengaja selepas menyedari masing-masing selesa bergerak secara berkumpulan. Bagaimanapun, ia tidak menghalang siapa-siapa di kalangan mereka berlima untuk bergerak sendiri walau masih punya komitmen dengan kumpulan. “Sebenarnya, kami tak pernah ikat kontrak. Kami bergerak sendiri tanpa melibatkan mana-mana syarikat pengurusan atau rakaman. “Jadi, ia memudahkan kami sekiranya ada di antara kami yang mendapat tawaran persembahan secara solo dan sebagainya. “Faktor utamanya kerana kami tidak terikat dengan kontrak. Secara tak langsung ia tak jadi batu penghalang untuk kami cari hala tuju kami, “ katanya. Sasar untuk semua ‘Menjual’ kumpulan menerusi lagu berjudul Pentas Dunia dan Luar Biasa, The Beesings manaruh keyakinan bahawa kumpulan ini mampu pergi jauh. Bagaimanapun, mereka tidak mahu terus terkait sebagai sebuah kumpulan yang cuma terarah pada satu golongan sahaja.

    Selain kanak-kanak, The Beesings mahu mereka juga boleh diterima oleh segenap lapis masyarakat kerana bagi mereka, naskah lagu yang mereka bawa sesuai untuk semua golongan. “Walaupun sasaran kami lebih kepada golongan remaja memandangkan kami semua berada dalam kategori remaja, namun itu tak bermakna tumpuan kami cuma satu golongan sahaja. “Kalau boleh, The Beesings mahu dikenali oleh semua tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur, “ katanya. Dalam pada itu, kata Fimie, The Beesings juga menaruh harapan untuk terpilih dan tercalon sebagai antara kumpulan baru terbaik dalam anugerah berprestij seperti Anugerah Industri Muzik (AIM).